Agak ketinggalan zaman ak nih. Org lain da lama dah tngok. Ak baru mlam ni baru p tngok. So far bagi ak ok la for filem mlayu. Tak rugi klo tngok..haha. Neway ni dia nya sinopsis :
Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).
Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).
Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
sumber : ohdaus
No comments:
Post a Comment