Followers

My photo
Malaysia
i'm nobody but just a simple guy froM perak .. just write something that i wanna know/kept/write .. teach me if i'm wrong k~!

nuffnang

25 February, 2011

kisah surah al-ikhlas




Berkata Ibu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Ketika saya berisrak ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membawa surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad).”


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Setelah mereka (malaikat) selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik dianya lelaki mahupun perempuan’.” Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w. maka mereka sangat kagum. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?” Berkata para sahabat: “Ya, kami sungguh kagum ya Rasulullah s.a.w.”


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul huallahu ahad’itu tertulis di sayap malaikat Jibril a.s, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, ‘Lamyalid walam yuulad‘ tertulis pada sayap malaikat Maut, ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Oleh itu barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka baginda bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, pakah kamu semua kagum?” Maka berkata para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w. kami semua kagum.”


Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sungguh ‘Qul huallahu ahad‘ tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Siddiq, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, ‘Lamyalid walam yuulad‘ itu tertulis di dahi Uthman Dzan Nuuraini dan ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ itu tertulis pada dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi Allah s.w.t pahala Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...