Followers

My photo
Malaysia
i'm nobody but just a simple guy froM perak .. just write something that i wanna know/kept/write .. teach me if i'm wrong k~!

nuffnang

28 December, 2010

PerOt Oooh PeroT ~!


ni la hasil klO lapaq tengah2 mlam... hasil kerja ak ngan adik ak... tengah2 mlam baru nk mkan... pikir lma sangat nk mkan ka x... last2 tngah mlam baru nk decide... nasi ala2 beriani + sardin... haha... cam x masok ja kan combination... da lapo sumanya telan... janji kenyang k... ;)


~nasi letak perencah beriani~

~sardin untuk sekampung nya mkan~

27 December, 2010

i'm clean


sedar x sedar dah 2 taOn da ak behenti rOkOk ... 2008 - tOday ... im prOud Of my self rite nOw ;) ... im clean ok ...  yeay ~! to sesapa yg nk esap Or try nk esap ak suggest jngan la nk esap ... rugi tOi... nk esap klO tngok pic kt bawah .. ;)




~ lastly ~

still nk esap ag ???



26 December, 2010

Kenduri Oh Kenduri


just get back fr0m my seni0r wedding (abang hamda) ... argghh .... t00 tired ...bnyak t0i kenduri kahwin cuti ni ... tp yg ni ja p0n ak p...huhu... yg len ak x berkesempatan...s0rry guys ..;( ... ak bert0lak kui 11.30 pagi n sampai bandar baharu kui 1 lebey cam2 la ... 2 jam setengah ja perjalanan... 2 p0n jen0h merembat atas highway ...bkan pa...juz tak0t ak mkan s0rang2 kt umah kenduri t...nasib bek dayana , hamda n ihsaniah tgu ak mkan ckali.. ;) then pas balik knduri singgah kt umah tok ak sat kt tepeng...lma x jmpa t0k kesayangan ak .. sj bertnya khabar...ak kan cucu at0k ..;) pas puas menyembang  ngan t0k ak baru bert0lak balik ke k0ta langkap...~

ni ja pic yg sempat ak amek... ;)

 dayana-ihsaniah-hamda

 hahaha


 sempat ag lam bilik pengatin ;)
 ~congratulation hilmi n nadia~
~ semoga berkekalan ke anak cucu ;) ~


22 December, 2010

Nikmat Syurga Menurut Hadis

Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang membelanjakan dengan sepasang dari harta bendanya untuk jalan Allah maka dia akan dipanggil dari semua pintu syurga. Dan syurga itu terdapat delapan pintu. Maka jika yang bersangkutan termasuk yang mendirikan solat, maka dia akan dipangil dari pintu solat. Dan bagi yang mengerjakan puasa, maka akan dipanggil dari pintu puasa. Dan barangsiapa yang suka bersedekah maka yang bersangkutan akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan barangsiapa yang pernah berjihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad.
(HR. Bukari-Muslim)

Dan kata Jabir: Rasulullah SAW bersabda : Mahukah kuceritakan padamu tentang kamar-kamar syurga itu? Jawab Jabir : ya tentu saja ya Rasulullah. Kata Rasulullah SAW : Sesunguhnya di syurga itu ada kamar-kamar (istana-istana) yang terbuat dari permata, dan seluruhnya bisa kelihatan yang di depan hingga bahagian dalam, yang bahagian dalam hingga bahagian depan, dan itulah yang di dalamnya penuh dengan kenikmatan, kelazatan dan kesenangan yang belum pernah mata melihatnya, telinga belum pernah mendengarnya, dan belum terlintas pada hati manusia. Kata Jabir : Untuk siapakan kamar-kamai itu?. Rasulullah SAW menjawab: ” Untuk mereka yang mengucapkan salam, bersedekah makanan, membiasakan berpuasa... baik yang wajib mahupun yang sunnah, bersolat malam (tahajud) ketika manusia sedang tidur. Para sahabat bertanya : Siapakan yang kuat seperti itu? Rasulullah SAW menjawab : Ummatku kuat yang semacam itu. Dan akan kuterangkan hal itu : Barangsiapa yang menjumpai saudaranya maka ucapkanlah salam atau balaslah salamnya maka yang bersangkutan mengucapkan salam. Barangsiapa yang memberi makan keluarganya dan tanggungannya dalan bentuk makanan hingga kenyang maka yang bersangkutan telah memberi makanan. Dan barangsiapa yang berpuasa ramadan dan berpuasa sunat tiga hari dalam setiap bulan, maka yang bersangkutan telah membiasakan berpuasa. Dan barangsipa bersolat isya’ yang akhir dan bersolat subuh dengan berjamaah, maka yang bersangkutan telah bersolat alam ketika orang-orang telah tidur"
(HR. Abu Nuaim)

Beberapa hadis yang menerangkan tentang kenikmatan syurga :

Dalam hadis disebutkan tentang keadaan syurga Aden yang di dalamnya tedapat istana-istana dari mutiara, yang pada setiap istana itu terdapat 70 rumah dari permata yakut merah.

Dan pada setiap rumah di dalamnya ada rumah lagi sebanyak 70 buah yang terbuat dari permata zamrud hijau, yang di dalam setiap rumah itu terdapat ada ranjang, dan apda setiap ranjang itu ada 70 permadani dalam berbagai warna, dan pada setiap permadani itu terdapat seorang bidadari.

Dan pada setiap rumah itu ada pelayan wanitanya, dan diberiikan pada orang yang mukmin pada setiap paginya berupa kekuatan dari apa yang diberikan kesemuanya itu.
(HR. Abu Syekh bin Hibban)

“Barangsiapa yang berkeinginan untuk diberi minuman oleh Allah SWT dengan minuman khamar (yang tidak memabukkan) di akhirat, maka tingalkanlah minum khamar di dunia, dan barangsiapa yang berkeinginan untuk diberi pakaian oleh Allah SWT berupa sutera di akhirat maka tinggalkanlah sutera didunia"
(HR. Thabrani dan Nasai)

Sabda Nabi tentang khemah syurga: “Khemah itu berupa mutiara (intan) berloang yang panjangnya 60 mil dan berada di langit, yang setiap pokoknya ada orang mukmin dan keluarganya, yang mereka antara yang satu dengan yang lainnya tidak boleh melihat"
(HR. Bukhari-Muslim)


Makanan penduduk syurga sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur’an iaitu berupa buah-buahan, daging burung, madu, susu dan makanan lainnya yang tidak dapat dihitung.

Kotoran yang dikeluarkan oleh penduduk syurga iaitu dalam bentuk keringat yang mengalir dari kulit mereka dengan berbau harum laksana minyak misik yang harum kemudian perutnya lalu mengecil.
(HR. Nasai)

“Seandainya wanita syurga (bidadari) itu muncul ke bumi, maka akan terang benderanglah cahayanya dan akan dipenuhi di antara keduanya dengan bau yang harum, sedangkan kain kerudung kepalanya adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
(HR. Bukhari)

Kecantikan bidadari dalam syurga telah disebutkan dalam Q.S Rahman: 58 yang ertinya “ Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

“Diberikan pada mereka yang laki-laki (dalam syurga) bahawa kekuatan seorang di antara mereka sehari lebih utama dari 70 orang dari padamu.
(HR. Tirmidzi)

Sesungguhnya bidadari dalam syurga itu bernyanyi mengatakan: Kami adalah bidadari yang baik, yang kami bersembunyi untuk suami-suami yang mulia.
(HR.Thabrani)


sumber http://goo.gl/FrZez

21 December, 2010

Salasilah Nabi / Rasul

~ cLick this picture to enlarge ~

20 December, 2010


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.

Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isamemperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.



Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.
Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

p/s : sebar2kan lah =)

Addicted !


tOday im just playing CityVille ... crazy rite~! ... my little brO just intrOduce dis game 2 me ... he teach me hOw 2 play ... and nOw im am ''ADDICTED'' 2 this game ... what an engrOssed game ...argHhhh ! ... =)

this is my messy town looks like =)

19 December, 2010

Takbur , Hasad dan Riak ~!





Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.


Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalumendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.”
(Hadis riwayat Muslim)



Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.



Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.



Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)



Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.
(Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


17 December, 2010

Tempat Tinggal Roh




 Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:



Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.



Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.



Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.



Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.



Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.



Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.



Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:



Orang-orang yang mati syahid.



Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.



Orang berpuasa di hari Arafah.

Yeay~!



Sony MDR-XD100 Stereo




cOnOk gila~! i got my new headphOne~!
its not new actually ... hehe ... my brO just give it 2 me ... thanks 2 him  =)
sOund nOt bad la ... still terbaik ...
 b4 dis ak pkai MDRV150 DJ ... sound mmg tip tOp ...but sakit tlinga pkai ...sO ak da jual kt budak ... ;)
neway i lUv my new headphOnes ;) *wink2


MDRV150 DJ 



16 December, 2010

Munajat Rabiatul Adawiyyah


" Jika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu " 

Makna Bacaan Dalam SOlat


1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

5. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



6. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku

8. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

10. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


15 December, 2010

4 Perkara Penting Untuk Kita





Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
  

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
 
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

14 December, 2010

Adab Minum Cara Rasullullah SAW



Gelas atau cawan dipegang dengan tangan kanan .

Membaca "Bismillah" sebelum minum .

Minum air dengan tiga nafas .

Tidak bernafas kedalam bekas air . Setiap kali berhenti minum arah kan nafas ketempat lain .

Duduk ketika minum . Jika tak ada tempat duduk diharuskan minum berdiri .

Minum dari baki air yg telah diminum org org lain (terutama alim ulama) bagi mendapat berkat .

Ada petua mengatakan bahawa saki baki air minuman org yg islam ya alim lagi warak boleh mengubati sesuatu penyakit .

Tidak digalakkan utk terus minum selepas melakukan persetubuhan @ setelah melakukan kerja2 berat .


12 December, 2010

Kelebihan MAndi sOngsang





"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)




KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

11 December, 2010

InfO Undang UndanG Pelik Di Dunia



THAILAND :
  •  Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

  • Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDEN :

  • Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

  • Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

  • Dilarang berjalan (bogel)
  • Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

  • Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
  • Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

  • Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
  • Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

  • Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
  • Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.

GREECE :

  • Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

  • Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
  • Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
  • Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

  • Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

  • Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


AMERIKA :-


ARIZONA :
  • Dilarang memandu tanpa kasut.
  • Dilarang bermain domino di hari Minggu.
  • Dilarang memakai misai palsu di gereja.
  • Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
  • Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :

  • Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
  • Dilarang memberi minum bir pada rusa.
  • Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


ARKANSAS :
  • suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
  • Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
  • wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
  • Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :

  • Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.





COLORADO :
  • Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT

  • Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

FLORIDA :

  • Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
  • Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
  • Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.





LOL ~~! 
Apakah ???



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...